Info

Pengenalan EKSA

EKSA adalah singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah diperkenalkan mulai Januari 2014 sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya lebih relevan kepada jabatan/agensi sektor awam di Malaysia. Langkah penjenamaan semula ini difikirkan sesuai dan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan jabatan/agensi sektor awam. 
MAMPU telah memperkenalkan Amalan 5S Sektor Awam pada tahun 2010 melalui Panduan Amalan 5S Sektor Awam seperti pada 
Amalan 5S Sektor Awam 
SISIH SUSUN SAPU SERAGAM SENTIASA AMAL merupakan pengasingan dan pelupusan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja. peralatan dengan teratur, kemas, berkesan, selamat dan mudah dicapai. 
ialah usaha mengekalkan 4 amalan 5S iaitu sisih, susun, sapu dan seragam di samping melaksanakan penambahbaikan berterusan di jabatan/agensi
masingmasing.



Penjenamaan Semula Amalan 5S 

EKSA merupakan penjenamaan semula Amalan 5S yang telah diguna pakai dalam sektor awam sejak tahun 2010. Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA masih berteraskan Amalan 5S yang ditambah baik di samping penambahan beberapa elemen baharu. EKSA bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang diamalkan sebelum ini, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang lebih kondusif. Amalan 5S ditambah baik dengan menambah lima elemen baharu, iaitu: • Imej Korporat; • Kreativiti dan Inovasi; • Amalan Hijau • Persekitaran Kondusif; dan • Kepelbagaian Agensi.


No comments:

Post a Comment

ZON-ZON EKSA HSAH

  • 1.Zon Clindamycin
  • 2.Zon Ampicilin
  • 3. Zon Vancomycin
  • 4. Zon Cloxacillin
  • 5. Zon Ciprofloxacin
  • 6. Zon Meropenem
  • 7. Zon Imipenem
  • 8. Zon Ceftazidine
  • 9. Zon Rifampicin
  • 10. Zon Neomycin
  • 11. Zon Amoxycilin
  • 12. Zon Azithromycin
  • 13. Zon Cefepime
  • 14. Zon Amikacin
  • 15. Zon Ertapenem
  • 16. Zon Penicillin
  • 17. Zon Erythromycin
  • 18. Zon Tigecycline
  • 19. Zon Gentamycin
  • 20. Zon Doxycycline

Popular Posts

Powered by Blogger.

STATUS PELAWAT

JAWATANKUASA INDUK EKSA


MAKLUMAN PERTANDINGAN

Tiada Pertandingan terdekat pada masa sekarang

Recent Posts